Persembahan Pengurusan KIK
Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
TUJUAN PERSEMBAHAN PENGURUSAN KIK
- Untuk mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada Jawatankuasa Pemandu KIK UTeM bagi cadangan projek yang dibentangkan sebelum ianya boleh dilaksanakan.
- Memberi peluang kumpulan KIK membuat persembahan dan seterusnya secara langsung memberi kebaikan dan menaikkan imej Pusat Tanggungjawab
- Membuka minda staf bahawa kreativiti dan inovasi adalah teras kejayaan dalam pekerjaan dan menggalakkan staf berfikir di luar kotak yang merupakan teras Utama dalam pembangunan modal insan minda kelas pertama
- Mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KIK dalam sektor awam bagi tujuan untuk mempertimbangkan lagi keberkesanan program KIK
PANEL PERSEMBAHAN PENGURUSAN
- Jawatankuasa Pemandu KIK
KAEDAH PERSEMBAHAN PENGURUSAN
Masa persembahan projek kumpulan KIK adalah dihadkan kepada 20 minit sahaja.
- 5 minit untuk persediaan
- 10 minit untuk persembahan
- 5 minit untuk sesi soal jawab
Semua kumpulan KIK diminta agar mendengar ulasan Jawatankuasa Pemandu KIK setelah selesai membuat persembahan.
Ini kerana komen/ulasan daripada Ahli Jawatankuasa Pemandu dapat membantu memantapkan dan membuat penambahbaikan kepada projek-projek yang diusulkan.