Kategori Projek KIK
Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)
BIDANG
KATEGORI
INOVASI SOSIAL
1. PENCIPTAAN
2. PENAMBAHBAIKAN
INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
1. PENCIPTAAN
2. PENAMBAHBAIKAN
CIRI-CIRI INOVASI SOSIAL
- Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang untuk mendapatkan hasil yang terbaik
- Jalinan rangkaian yang menggalakkan kerjasama dan kolaborasi merentasi pelbagai sektor termasuk agensi awam, pihak swasta dan individu-individu dalam masyarakat
- Pembangunan inisiatif baharu oleh agensi Kerajaan bersama-sama rakyat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang menepati keperluan sebenar mereka
CIRI-CIRI INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
- Memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan
- Meningkatkan kecekapan dan mengoptima kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan sumber manusia
- Memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu atau memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesan
- Memanfaatkan keupayaan ternologi terkini
KATEGORI INOVASI
INOVASI PENCIPTAAN
Penciptaan suatu produk, perkhidmatan atau proses yang baharu dan belum pernah dilaksanakan di Malaysia
INOVASI PENAMBAHBAIKAN
Penambahbaikan sesuatu produk, perkhidmatan atau proses sedia ada melalui kaedah yang inovatif agar menjadi lebih berkualiti serta berdaya saing
PEMBENTUKAN KUMPULAN
KIK PRIMER
Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang daripada agensi sama yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK
KIK HIBRID
Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada dua (2) atau lebih agensi yang bersilang fungsi yang bekerjasama untuk melaksanakan projek. Bilangan ahli tertakluk kepada skala, kos, kategori projek dan dipersetujui oleh pihak yang melaksanakan projek KIK Hibrid