Skip to main content

YBRS. ENCIK MASDZARIF BIN MAHAT
Ketua Pegawai Operasi

KATA ALUAN

Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, saya bersyukur terhadap Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat merakankan kata alu-aluan di dalam ruangan ini.

Terlebih dahulu saya amat mengalu-alukan pihak yang sudi mengunjungi Laman Web Pejabat Pendaftar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Menjadi hasrat pejabat ini untuk memastikan keperluan perkhidmatan warga Universiti dapat dipenuhi dengan menyalurkan maklumat yang diperlukan semua staf Universiti melalui Laman Web Pejabat Pendaftar. Selain itu, ia turut bertujuan bagi memudahkan penyampaian maklumat kepada seluruh warga Universiti berhubung pelaksanaan aktiviti, program, maklumat pentadbiran dan perkhidmatan kepada semua pihak.

Akhir kata, Pejabat Pendaftar akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik dan terus cemerlang dalam meningkatkan tahap kualiti pengurusan tadbir urus bagi memenuhi kepuasan pemegang taruh.

Sekian, terima kasih.

Kemaskini: 8 Ogos 2025

Hubungi Kami


Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya
76100 Durian Tunggal
Melaka, Malaysia

  • +606 270 1017
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

| Penafian  | Privasi & Polisi  | Hakcipta  | Peta Laman
Hakcipta © 2025 Universiti Teknikal Malaysia Melaka