SOALAN LAZIM
Pejabat Pendaftar merupakan pusat rujukan berkaitan pengurusan Universiti kepada staf UTeM. Berikut adalah soalan-soalan yang sering diajukan oleh pengunjung Portal Rasmi Pejabat Pendaftar UTeM.
Bahagian Sumber Manusia (BSM)
Unit Rekod Dan Persaraan
Staf boleh membuat permohonan secara bertulis dgn sokongan Ketua PTj untuk bersara pilihan tertakluk memenuhi syarat perkhidmatan telah melebihi 10 tahun dan berumur 40 tahun.
Pencen akan mula dibayar pada umur 55 tahun bagi lantikan kerajaan selepas 12 April 1991. Bagi lantikan sebelum 12 April 1991, pencen dibayar pada umur 45 tahun bagi perempuan dan 50 tahun bagi lelaki.
Manakala ganjaran akan dibayar mulai daripada tarikh persaraan.
Merujuk kepada Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2010, syarat umum yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
- Telah disahkan dalam perkhidmatan;
- Mencapai tahap prestasi purata 80% bagi 3 tahun terkini;
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
- Bebas dari hukuman tatatertib;
- Telah mengisytiharkan harta;
- Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM);
- Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan;
- Tidak mengalami keterhutangan kewangan yang serius;
- Lulus tapisan keselamatan; dan
Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilih dan Universiti.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Mohd Firdaus bin Baharuddin
Penolong Pendaftar (N41)
06-62702941
Unit Prestasi & Kemajuan Kerjaya
Tempoh penyeliaan minimum bagi tujuan penilaian prestasi ialah 3 bulan.
Berdasarkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 2 Tahun 2002 – Garis Panduan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Anggota Perkhidmatan Awam, pihak Universiti telah memutuskan bahawa markah penilaian prestasi bagi staf yang layak ialah sebanyak 85% dan ke atas.
Pegawai Berprestasi Rendah dalam pelaksanaan Dasar Pemisah bermaksud:
- Markah penilaian prestasi tahunan kurang daripada 60%; dan
- Pencapaian KPI di bawah sasaran.
Staf boleh membuat permohonan secara bertulis dgn sokongan Ketua PTj untuk bersara pilihan tertakluk memenuhi syarat perkhidmatan telah melebihi 10 tahun dan berumur 40 tahun.
Pencen akan mula dibayar pada umur 55 tahun bagi lantikan kerajaan selepas 12 April 1991. Bagi lantikan sebelum 12 April 1991, pencen dibayar pada umur 45 tahun bagi perempuan dan 50 tahun bagi lelaki.
Manakala ganjaran akan dibayar mulai daripada tarikh persaraan.
Merujuk kepada Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7/2010, syarat umum yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut:
- Telah disahkan dalam perkhidmatan;
- Mencapai tahap prestasi purata 80% bagi 3 tahun terkini;
- Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
- Bebas dari hukuman tatatertib;
- Telah mengisytiharkan harta;
- Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM);
- Bebas daripada disenaraikan sebagai peminjam pendidikan tegar dari institusi pinjaman pendidikan;
- Tidak mengalami keterhutangan kewangan yang serius;
- Lulus tapisan keselamatan; dan
Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilih dan Universiti.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Norsuhada Binti Mansor
Penolong Pendaftar Kanan (N44)
06-2702789
Unit Psikologi & Kaunseling
Kaunseling adalah satu proses interaksi bermatlamat yang melibatkan seorang kaunselor terlatih dan klien dengan menggunakan teori, modul, intervensi serta pendekatan psikologi ke arah perkembangan positif klien.
Segala perbincangan di dalam sesi kaunseling tidak akan direkod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan tetapi hanya akan direkod di dalam Rekod Kaunseling Staf dan ianya hanyalah untuk kegunaan dan rujukan kaunselor dan klien berkenaan sahaja.
Perkhidmatan kaunseling di Bahagian Kesejahteraan Personel adalah terbuka kepada semua Staf UTeM sama ada sukarela mahupun dirujuk. Perkhidmatan kaunseling yang disediakan merangkumi apa jua isu terutama isu kerjaya, keluarga, perkahwinan, kewangan, peribadi dan sebagainya.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Hadibah binti Tahir
Pegawai Psikologi Kanan (S44)
06-2701365
Bahagian Governan & Pengurusan Organisasi (BGPO)
Bayaran Elaun Penceramah
Bayaran Elaun Penceramah boleh dirujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2007. Dokumen yang perlu dilampirkan semasa permohonan tuntutan adalah seperti berikut :-
- Lengkapkan maklumat staf/ penceramah dalam borang tuntutan penceramah
- Nyatakan kelayakan akademik bagi penceramah luar
- Sertakan salinan surat jemputan penceramah
- Sahkan dokumen yang disertakan
Kerja Lebih Masa
Seseorang pegawai layak untuk membuat tuntutan jika pegawai berikut adalah dari kumpulan sokongan iaitu dari gred 1-36 boleh merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil 4/2001. Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :-
- Borang tuntutan kerja lebih masa
- Kenyataan tugas
- Perkiraan kadar elaun lebih masa
- Tandatangan Pegawai Penyelia
- Kelulusan Ketua Jabatan bagi tuntutan melebihi 1/3 gaji
- Surat arahan kerja lebih masa
- Salinan borang perakam waktu
- Salinan buku log (Bagi Pemandu)
- Salinan jadual tugas (Bagi Pengawal Keselamatan)
Aset/Inventory
Aset yang telah dikenalpasti telah rosak atau usang boleh dilupuskan dengan mengisi borang KEW-PA 17A dan KEW-PA 16 serta perlu melampirkan bersama borang daftar aset berkenaan. Borang yang telah lengkap diisi perlulah dihantar ke Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Pejabat Pendaftar untuk ditandatangani oleh Pegawai Aset Pejabat Pendaftar.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Zainuddin bin Abdul Hamid
Penolong Pendaftar Kanan (N44)
06-2701766
Bahagian Pembangunan Bakat (BPB)
Cukai Pendapatan
Mengikut Seksyen 83 (4) Akta Cukai Pendapatan 1967, majikan perlu memberi notis cukai tersebut kepada Ketua Pengarah dalam tempoh 1 bulan sebelum tarikh pegawai ke luar.
Cuti Bersalin
Berdasarkan peraturan JPA, tiada konsep cuti dalam cuti. Oleh itu, puan adalah tidak layak dipertimbangkan cuti bersalin semasa cuti belajar atau untuk tujuan permohonan pelanjutan.
Biasiswa Dan Elaun
Kaedah Pembayaran
Biasiswa dan elaun pegawai dibayar oleh penaja, contohnya sama ada Kementerian Pengajian Tinggi, UTeM atau lain-lain penaja (satu penaja sahaja pada satu-satu masa)
- a) Tajaan KPT (dalam negara) = Biasiswa + Elaun Sara Hidup
UTeM = Elaun Keluarga + Elaun Bantuan Sewa Rumah
b) Tajaan UTeM (dalam negara) = Semua di atas adalah tanggungan UTeM - a) Tajaan KPT (luar negara) = Biasiswa + Elaun Sara Hidup
UTeM = Elaun Keluarga + Elaun Bantuan Sewa Rumah
b) Tajaan UTeM (dalam negara) = Semua di atas adalah tanggungan UTeM - Lain-lain penaja (RMIT/Mara/lain-lain = Biasiswa + Elaun Sara hidup + Elaun Keluarga + Elaun Bantuan Sewa Rumah. Jika ada diantara elaun tersebut tidak dibiayai oleh penaja tersebut maka UTeM akan membiayai elaun tersebut.
* Bagaimana perlu dipastikan tiada ikatan kontrak terlibat antara staf dan penaja tersebut.
Sekiranya penaja adalah UTeM, Bahagian Cuti Belajar akan menyediakan syor bayaran mengikut kadar biasiswa yang telah ditetapkan oleh kerajaan kepada pihak Bendahari untuk pembayaran setiap suku tahun (bayaran 3 bulan sekali seperti jadual dibawah). Jumlah sebenar ditentukan di peringkat Bendahari berdasarkan kadar pertukaran matawang semasa.
| BULAN | PEMBAYARAN |
| JANUARI, FEBRUARI, MAC | JANUARI |
| APRIL, MEI , JUN | APRIL |
| JULAI, OGOS, SEPTEMBER | JULAI |
| OKTOBER, NOVEMBER, DISEMBER | OKTOBER |
(Tertakluk kepada sebarang perubahan)
Bantuan Sara Hidup (COLA)
Layak diterima bagi staf cuti belajar di dalam negara sahaja.
Kadar adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2007 dan pindaanya. Rujuk Unit Pengurusan Gaji dan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar.
Elaun Keluarga
Boleh dengan syarat pasangan mengikut atau berpindah mengikut tuan/puan ke tempat pengajian. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
- Tempoh kursus 12 (dua belas) bulan atau lebih ; atau
- Keluarga tinggal bersama-sama pegawai di luar negara secara terus menerus tidak kurang dari 6 (enam) bulan.
Elaun keluarga dibayar oleh UTeM tertakluk kepada peraturan yang diguna pakai.
Bahagian Cuti Belajar akan menyediakan syor bayaran berdasarkan kadar biasiswa yang ditetapkan oleh kerajaan kepada pihak Bendahari untuk setiap suku tahun (bayaran 3 bulan sekali seperti jadual dibawah). Jumlah sebenar pembayaran ditentukan di peringkat Pejabat Bendahari berdasarkan kadar pertukaran matawang asing.
Permohonan perlu dikemukakan dengan menulis surat rasmi atau emailkan Bahagian Cuti Belajar dengan menyertakan lampiran Borang Penambahan Tanggungan yang boleh didapati di laman web Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) dan disertakan juga sijil kelahiran anak.
Boleh memohon dengan syarat pasangan tinggal bersama dengan pegawai lebih daripada separuh tempoh pengajian atau kelulusan cuti belajar dan biasiswa. Tarikh mula tajaan adalah mengikut tarikh pasangan mula tinggal bersama pegawai.
Tidak dibenarkan kerana akan melibatkan pertambahan kos perubatan dan akan menganggu pangajian staf serta akan mengakibatkan pelbagai masalah sekiranya penyakit bertambah kronik semasa di luar negara.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Norhidayah binti Mohd Zainudin
Penolong Pendaftar Kanan (N44)
06-2702417
Azie binti Rasid
Penolong Pendaftar (N41)
06-2701985