Skip to main content

CUTI

TAFSIRAN CUTI

“Cuti” bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

P. A 1(i) Bab C 1974

JENIS-JENIS CUTI

Cuti Kerana Perkhidmatan

  1. Cuti Rehat
  2. Cuti Separuh Gaji
  3. Cuti Tanpa Gaji


Cuti Kerana Perubatan

  1. Cuti Sakit
  2. Cuti Sakit Lanjutan
  3. Cuti Kecederaan
  4. Cuti Tibi/Kusta/Barah
  5. Cuti Kerantina
  6. Cuti Bersalin


Cuti Tanpa Rekod

  1. Cuti Gantian
  2. Cuti Latihan Pasukan Sukarela
  3. Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan dan persatuan
  4. Cuti menghadiri latihan syarikat Kerjasama/koperasi
  5. Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas
  6. Cuti menghadiri kursus ‐ kursus lain:
    1. Kursus Kepimpinan Belia dan Bina Semangat
    2. Kursus Kesatuan Sekerja (diluluskan oleh KSM)
    3. Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/sukan/ahli JK pertandingan
  7. Cuti tugas khas perubatan
  8. Cuti isteri bersalin
  9. Cuti urusan kematian keluarga terdekat
  10. Cuti mengikuti latihan fasilitator/menjadi fasilitator latihan PLKN
  11. Cuti Kursus Sambilan.
  12. Cuti Penderma Organ


Lain -Lain Cuti

  1. Cuti Haji
  2. Cuti Berkursus (Akademik)
  3. Cuti Umrah
  4. Cuti Kuarantin
  5. Cuti Menjaga Anak (Tanpa Gaji)
  6. Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Bekerja/ Berkursus

TAFSIRAN CUTI REHAT

“Cuti Rehat” bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun dari bulan Januari hingga Disember.

P. A 1(ii) Bab C 1974

JADUAL KADAR CUTI REHAT TAHUNAN MULAI 1 JANUARI 2016

PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN

“Perkhidmatan yang melayakkan” bermakna perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa ‐ masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit [dan bagi guru ‐ guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh] tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar.

KIRAAN CUTI REHAT YANG MELAYAKKAN

Jumlah HARI berkhidmat (yang telah bertugas) / 365 hari X kelayakan cuti rehat (bagi setahun)

  1. Kaedah perkiraan adalah tertakluk kepada tarikh pelantikan staf itu (tarikh staf mula melaporkan diri untuk bertugas). Kaedah yang sama juga boleh digunakan bagi staf yang kembali melaporkan diri untuk bertugas semula setelah bercuti belajar (berkursus), cuti sabatikal, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti haji atau bercuti bagi tempoh cuti yang tidak melayakkan mendapat cuti rehat.
  2. Bagi mana-mana staf dalam sesuatu tahun perkhidmatan yang tidak genap satu (1) tahun, maka cuti rehat yang staf berkelayakan ialah sebanyak cuti bagi tempoh perkhidmatan yang melayakkan sahaja. Contohnya, staf baharu berkhidmat atau berhenti kerja pada tengah tahun atau mengambil kelayakan cuti lain yang tidak melayakkan mendapat cuti rehat.

SIFIR PENGIRAAN KELAYAKAN CUTI REHAT

  1. Sifir cuti rehat ini digunakan sebagai panduan kepada staf bagi menentukan kelayakan cuti rehat bagi satu tahun kalendar.
  2. Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah memastikan staf mengambil cuti rehat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan. Walau bagaimanapun, pengambilan cuti rehat yang melebihi kelayakan boleh dipertimbangkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

SIFIR CUTI REHAT

PENGAMBILAN CUTI REHAT

  1. Permohonan untuk menggunakan cuti rehat hendaklah dibuat menerusi sistem online Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM) - Cuti.
  2. Dalam keadaan biasa, seseorang staf hanya boleh mengambil cuti rehat setakat perkhidmatan yang melayakkan. Walau bagaimanapun, pengambilan cuti rehat melebihi kelayakan boleh dipertimbangkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  3. Sekiranya didapati seseorang staf itu mengambil cuti rehat melebihi kelayakannya, maka ia hendaklah membayar balik (sama ada melalui pemotongan gaji atau bayaran secara terus ) kepada Universiti bersamaan satu hari emolumen bagi tiap-tiap sehari cuti yang terlebih itu.
  4. Bilangan hari yang terlebih ambil itu akan diberi status Cuti Tanpa Gaji dan ditolak daripada Cuti Tanpa Gaji staf yang berkelayakan di bawah Perintah Am 14 Bab C,1974. Staf boleh dikenakan tindakan tatatertib.

SPP Bil 4/2009 (Perkara 5.1 (u))

  1. Staf hanya boleh mengambil cuti rehat yang berkelayakan sebelum meninggalkan perkhidmatan (letak jawatan/ bersara).

SYARAT PENGUMPULAN CUTI REHAT

  1. Kerana kepentingan perkhidmatan
  2. CR tahun pertama yang tidak dapat dihabiskan boleh dibawa ke tahun berikutnya dan akan luput pada akhir tahun ketiga.

KAEDAH PENGIRAAN CUTI LUPUT

GANJARAN CUTI REHAT (GCR)

“Award wang tunai gantian cuti rehat akan hanya diberikan kepada mana-mana pegawai awam yang bersara atau meninggal dunia dalam perkhidmatan Kerajaan dengan syarat baki cuti rehat tahunan yang terkumpul itu tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa demi kepentingan perkhidmatan”

PP Bil 7/2003 (Perkara 3)

SYARAT PENGUMPULAN GANJARAN CUTI REHAT (GCR)

  1. Lantikan tetap.
  2. Jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan dalam satu tahun maksimum 15 hari atau setengah daripada kadar cuti rehat yang layak bagi tahun tersebut, mengikut mana yang kurang. (PP Bil 7 Tahun 2003 (5))
  3. Jumlah CR boleh dikumpulkan maksimum 150 hari untuk ‘award’ GCR. ( PP Bil 18 Tahun 2008 (4))
  4. Pada akhir tahun perkhidmatan, pegawai dibenarkan mengumpul CR bagi ‘award’ GCR sehingga maksimum sama banyak dengan kadar CR berkelayakan. (PP Bil 7 Tahun 2003 (6))

PERKIRAAN GCR

1/30 x gaji yang akhir diterima x jumlah hari cuti rehat yang terkumpul
(gaji hakiki + imbuhan tetap)

PP Bil 7/2003 (Perkara 3)

Hubungi Kami


Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya
76100 Durian Tunggal
Melaka, Malaysia

  • +606 270 1017
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

| Penafian  | Privasi & Polisi  | Hakcipta  | Peta Laman
Hakcipta © 2025 Universiti Teknikal Malaysia Melaka