APAKAH ITU MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN?
17 Matlamat yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perhimpunan Agung PBB pada September 2015, di New York, Amerika Syarikat untuk dicapai pada 2030 sebagai agenda demi pembangunan dan kemaslahatan manusia dan Bumi.
Resolusi bersama yang ingin dicapai adalah "Mengubah Dunia Kita:Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan". Resolusi ini telah dilakukan sebagai perjanjian antara kerajaan daripada 193 negara untuk membina prinsip-prinsip bagi mendapatkan masa hadapan yang dunia mahukan (The Future We Want). SDG mempunyai senarai sasaran yang berbagai untuk dicapai (169 sasaran) bagi mencapai 17 gol yang meliputi penyelesaian keatas isu pembangunan sosial dan ekonomi termasuk kemiskinan, kelaparan, kesihatan, pendidikan, pemanasan global, air, sanitasi, tenaga, urbanisasi, alam sekitar dan keadilan sosial.
Laporan Sustainable Development Goals (SDG) Pejabat Pendaftar: