Skip to main content

Kategori Projek KIK

(Article in Bahasa Melayu)

BIDANG

KATEGORI


INOVASI SOSIAL

1. PENCIPTAAN
2. PENAMBAHBAIKAN


INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

1. PENCIPTAAN
2. PENAMBAHBAIKAN


CIRI-CIRI INOVASI SOSIAL

  1. Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang untuk mendapatkan hasil yang terbaik
  2. Jalinan rangkaian yang menggalakkan kerjasama dan kolaborasi merentasi pelbagai sektor termasuk agensi awam, pihak swasta dan individu-individu dalam masyarakat
  3. Pembangunan inisiatif baharu oleh agensi Kerajaan bersama-sama rakyat bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang menepati keperluan sebenar mereka

CIRI-CIRI INOVASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

  1. Memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan
  2. Meningkatkan kecekapan dan mengoptima kos dalam menangani kekangan sumber kewangan dan sumber manusia
  3. Memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu atau memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesan
  4. Memanfaatkan keupayaan ternologi terkini

KATEGORI INOVASI

INOVASI PENCIPTAAN

Penciptaan suatu produk, perkhidmatan atau proses yang baharu dan belum pernah dilaksanakan di Malaysia

INOVASI PENAMBAHBAIKAN

Penambahbaikan sesuatu produk, perkhidmatan atau proses sedia ada melalui kaedah yang inovatif agar menjadi lebih berkualiti serta berdaya saing

PEMBENTUKAN KUMPULAN

KIK PRIMER

Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang daripada agensi sama yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK

KIK HIBRID

Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada dua (2) atau lebih agensi yang bersilang fungsi yang bekerjasama untuk melaksanakan projek. Bilangan ahli tertakluk kepada skala, kos, kategori projek dan dipersetujui oleh pihak yang melaksanakan projek KIK Hibrid

Contact Us


Pejabat Pendaftar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Hang Tuah Jaya
76100 Durian Tunggal
Melaka, Malaysia

  • +606 229 2106
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

| Disclaimer  | Privacy & Security Policy  | Copyright  | Peta Laman
Copyright © 2025 Universiti Teknikal Malaysia Melaka