Skip to main content

Seksyen Kesejahteraan Personel

Seksyen Kesejahteraan Personel menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling bagi membantu staf mengekalkan kesejahteraan mental, emosi dan prestasi kerja yang optimum.

Visi & Misi

VISI
Menjadi pusat pengembangan psikologi yang profesional dan relevan dengan keperluan organisasi.

MISI
Membantu staf meningkatkan kesejahteraan diri dan menjadi personel yang produktif serta berdaya saing.

Objektif

  1. Membantu staf memahami potensi dan cabaran diri
  2. Meningkatkan kesejahteraan emosi dan psikologi
  3. Membantu staf mengurus isu peribadi dan kerjaya

Fungsi

  1. Menyediakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling
  2. Melaksanakan program kesejahteraan staf
  3. Mentadbir ujian atau inventori psikologi
  4. Memberi konsultasi berkaitan kesejahteraan staf

Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling Staf

KAUNSELING

Suatu proses membantu yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien (Akta 580)

Secara umumnya, boleh disimpulkan bahawa kaunseling menolong seseorang klien:

  • Memahami diri dan situasinya
  • Mengenal pasti keperluannya
  • Menerima realiti hidupnya
  • Membuat perancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya
  • Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING

Kaunseling Individu

Kaunseling individu merupakan pertemuan seorang kaunselor dengan seorang klien untuk mewujudkan satu proses perhubungan atau interaksi profesional dengan memusatkan tumpuan kepada beberapa aspek penyesuaian dan perkembangan diri klien.

Kaunseling Kelompok

Kaunseling kelompok merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik oleh kaunselor kepada sekumpulan individu pada satu masa yang sama untuk berbincang serta betukar-tukar pandangan tentang pelbagai isu yang dihadapi di kampus dengan bantuan kaunselor.

Tele-kaunseling
Tele-kaunseling
Ujian / Inventori Psikologi
Ujian / Inventori Psikologi
Program Psikopendidikan
Program Psikopendidikan
Konsultasi Psikologi
Konsultasi Psikologi

4 Kaedah mendapatkan perkhidmatan Kaunseling

  • Hadir terus ke Unit Psikologi dan Kaunseling
  • Panggilan telefon
  • Emel
  • Surat rasmi

Kaunseling membantu individu:

  1. memahami diri dan situasi yang dihadapi
  2. mendapatkan maklumat yang jelas
  3. menerima sokongan emosi
  4. mengurus konflik dengan lebih baik
  5. membuat keputusan secara lebih yakin
  6. Fungsi Kaunseling dalam Organisasi

Kaunseling dalam organisasi membantu:

  1. mengenal pasti isu yang mempengaruhi kesejahteraan staf
  2. menyediakan ruang selamat untuk berkongsi pandangan dan emosi
  3. membantu pengurusan emosi secara lebih rasional
  4. meningkatkan komunikasi di tempat kerja
  5. menyokong perkembangan potensi diri staf

KERAHSIAAN & ETIKA

Semua sesi kaunseling adalah sulit dan dikendalikan mengikut etika profesional serta Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

Maklumat yang dikongsikan oleh klien tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak tanpa persetujuan kecuali dalam keadaan tertentu seperti:

  1. melibatkan keselamatan diri atau orang lain
  2. keperluan perundangan
  3. keperluan profesional yang dibenarkan

Kaunselor bertanggungjawab memastikan perkhidmatan dilaksanakan secara profesional, beretika dan menghormati hak klien.

    Senarai Program

    Tax Planning

    Lorem ipsum dolor sit amet, consete tur sad ipscing elitr, sed diam nonumy

    Legal Advisory

    Lorem ipsum dolor sit amet, consete tur sad ipscing elitr, sed diam nonumy

    Financial Services

    Lorem ipsum dolor sit amet, consete tur sad ipscing elitr, sed diam nonumy

    Business Planning

    Lorem ipsum dolor sit amet, consete tur sad ipscing elitr, sed diam nonumy

    Audit & Assurance

    Lorem ipsum dolor sit amet, consete tur sad ipscing elitr, sed diam nonumy

    Consulting

    Lorem ipsum dolor sit amet, consete tur sad ipscing elitr, sed diam nonumy

    TEMUI KAUNSELOR ANDA

    Isnin – Khamis

    8.30 pagi – 1.30 tengah hari

    2.30 petang – 4.30 petang

    Jumaat

    8.30 pagi – 12.00 tengah hari

    2.00 petang – 4.30 petang

    Puan Hadibah binti Tahir

    Timbalan Ketua Pegawai Psikologi
    Kaunselor Berdaftar (01757)

    Unit Psikologi dan Kaunseling, Seksyen Kesejahteraan Personel, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar Aras 3, Bangunan Canselori,
    Universiti Teknikal Malaysia Melaka

    Tel : +606 229 2155
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    Hubungi Kami


    Pejabat Pendaftar
    Universiti Teknikal Malaysia Melaka
    Hang Tuah Jaya
    76100 Durian Tunggal
    Melaka, Malaysia

    • +606 229 2106
    • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

    | Penafian  | Privasi & Polisi  | Hakcipta  | Peta Laman
    Hakcipta © 2025 Universiti Teknikal Malaysia Melaka