Latar Belakang
Skim Ex-Gratia Bencana Kerja merupakan skim perlindungan sosial yang diperkenalkan Kerajaan bagi menyediakan bayaran faedah kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang ditimpa Bencana Kerja.
Bencana Kerja ditakrifkan sebagai:
- kemalangan yang berlaku diluar kawalan pegawai semasa menjalankan tugas rasmi; atau
- kemalangan yang berlaku pada bila-bila masa disebabkan oleh perbuatan anasir-anasir jahat seperti balas dendam dan sebagainya akibat tugas rasmi pegawai; atau
- penyakit khidmat
Kelayakan
Pegawai yang layak dipertimbangkan bayaran faedah Skim:
Pegawai yang tidak layak dipertimbangkan bayaran faedah Skim:
Liputan Skim
Liputan Skim adalah berdasarkan tarikh berlakunya bencana seperti yang berikut:
|
Tarikh Bencana |
Liputan Skim |
|
Mulai 1 Januari 2001
|
(i) Liputan Bencana Kerja: (a) kemalangan yang berlaku di luar kawalan pegawai semasa menjalankan tugas rasmi; (b) kemalangan yang berlaku pada bila-bila masa disebabkan oleh perbuatan anasir-anasir jahat akibat tugas rasmi pegawai; dan (c) kemalangan yang berlaku: 1. semasa dalam perjalanan lazim dan munasabah pergi dari tempat kediaman ke tempat bertugas dan sebaliknya; 2. semasa dalam perjalanan pergi ke mana-mana tempat untuk bertugas rasmi/berkursus dan sebaliknya; dan 3. semasa waktu rehat rasmi atau waktu rehat yang dibenarkan. (d) penyakit khidmat (ii) Had maksimum Gaji RM2,000.00 bagi tujuan pengiraan amaun bayaran faedah Skim. |
|
Mulai 1 Julai 2015
|
(i) Liputan Bencana Kerja diperluas merangkumi: (a) kemalangan semasa dalam perjalanan pergi dari tempat kediaman ke pekan berdekatan dan sebaliknya untuk mendapatkan perkhidmatan dan keperluan asas harian, khusus bagi Pegawai yang disenaraikan layak untuk dibayar:
(b) kemalangan semasa penyertaan dalam aktiviti sukan (termasuk perjalanan pergi/balik) di peringkat antarabangsa, kebangsaan, kementerian dan ibu pejabat jabatan. (ii) Had maksimum Gaji RM3,000.00 bagi tujuan pengiraan amaun bayaran faedah Skim. |
|
Mulai 1 Januari 2020 |
(i) Liputan Bencana Kerja diperluas merangkumi kemalangan yang dialami oleh ahli Kesatuan Sekerja semasa menghadiri jemputan ke program rasmi Kerajaan (termasuk perjalanan pergi/balik). (ii) Had maksimum Gaji RM4,000.00 bagi tujuan pengiraan amaun bayaran faedah Skim. |
|
Mulai 1 Januari 2024 |
(i) Liputan penyakit dan sektor pekerjaan/industri di bawah penyakit khidmat diperluas melibatkan agen virus korona. (ii) Had maksimum Gaji RM6,000.00 bagi tujuan pengiraan amaun bayaran faedah Skim. |
|
Mulai 1 Januari 2025 |
Liputan Bencana Kerja diperluas merangkumi kemalangan yang dialami semasa menghadiri janji temu kesihatan dan bagi mendapatkan rawatan (termasuk perjalanan pergi/balik) dengan syarat mematuhi peraturan berkaitan kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah Perintah Am 5 Bab G 1974. |
Faedah
Faedah yang disediakan di bawah Skim ini adalah seperti yang berikut:
(i) Faedah Kematian
Bayaran kepada waris pegawai yang meninggal dunia akibat bencana kerja yang dialami.
(ii) Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK)
Bayaran kepada Pegawai yang mengalami hilang upaya berkekalan hingga menghilangkan atau mengurangkan upaya seseorang pegawai menjalankan aktiviti yang boleh dilakukannya sebelum ditimpa bencana kerja. Taksiran Hilang Upaya Kekal (HUK) adalah ditentukan oleh Lembaga Perubatan.
(iii) Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)
Bayaran kepada Pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Sakit Lanjutan (CSL) selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.8 dan pindaannya yang berkuat kuasa kecuali Pegawai yang layak dipertimbangkan Cuti Kecederaan di bawah peruntukan Perintah Am 27 Bab C 1974;
Kaedah Permohonan
Borang 1 : PERMOHONAN BAYARAN SKIM EX GRATIA BENCANA KERJA
PANDUAN MENGISI BORANG BTX (PINDAAN 2025) PERMOHONAN BAYARAN FAEDAH SKIM EX GRATIA BENCANA KERJA
Borang 2: PERMOHONAN BAYARAN SKIM EX GRATIA BENCANA KERJA BAGI FAEDAH HILANG UPAYA SEMENTARA (HUS)
B) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
Aras 3, Bahagian Governan dan Pengurusan Organisasi,
Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori
U/P Puan Nor Ashikin Binti Rahman / Puan Ratnasaerah binti Azis
Taksiran HUK
Penyakit Khidmat
Muat turun senarai penyakit khidmat
Hantar Permohonan
Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
Aras 3, Bahagian Governan dan Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori
U/P Puan Nor Ashikin binti Rahman / Puan Ratnasaerah binti Azis





