1.0  
CUKAI PENDAPATAN

Soalan:
Saya telah diberikan borang Cukai Pendapatan sebelum melanjutkan pelajaran ke Luar Negara. Apakah tujuan borang tersebut ?

Jawapan:
Mengikut Seksyen 83 (4) Akta Cukai Pendapatan 1967, majikan perlu memberi notis cukai tersebut kepada Ketua Pengarah dalam tempoh 1 bulan sebelum tarikh pegawai ke luar.

2.0 CUTI BERSALIN
Soalan:
Adakah saya boleh memohon Cuti Bersalin semasa sedang cuti belajar?

 

Jawapan:
Berdasarkan peraturan JPA, tiada konsep cuti dalam cuti. Oleh itu, puan adalah tidak layak dipertimbangkan cuti bersalin semasa cuti belajar atau untuk tujuan permohonan pelanjutan.

3.0 BIASISWA DAN ELAUN
3.1 KAEDAN PEMBAYARAN

3.1.1   

Soalan:
Pihak manakah yang biasiswa dan elaun saya?

Jawapan:
Biasiswa dan elaun pegawai dibayar oleh penaja, contohnya sama ada Kementerian Pengajian Tinggi, UTeM atau lain-lain penaja (satu penaja sahaja pada satu-satu masa)

  i) a)

Tajaan KPT (dalam negara) = Biasiswa + Elaun Sara Hidup
UTeM = Elaun Keluarga + Elaun Bantuan Sewa Rumah

b) Tajaan UTeM (dalam negara) = Semua di atas adalah tanggungan UTeM
ii) a)

Tajaan KPT (luar negara) = Biasiswa + Elaun Sara Hidup
UTeM = Elaun Keluarga + Elaun Bantuan Sewa Rumah

b) Tajaan UTeM (dalam negara) = Semua di atas adalah tanggungan UTeM
iii)

Lain-lain penaja (RMIT/Mara/lain-lain = Biasiswa + Elaun Sara hidup + Elaun Keluarga + Elaun Bantuan Sewa Rumah. Jika ada diantara elaun tersebut tidak dibiayai oleh penaja tersebut maka UTeM akan membiayai elaun tersebut.

* Bagaimana perlu dipastikan tiada ikatan kontrak terlibat antara staf dan penaja tersebut.

3.1.2

Soalan:
Bagaimanakah bayaran dibuat?

Jawapan:
Sekiranya penaja adalah UTeM, Bahagian Cuti Belajar akan menyediakan syor bayaran mengikut kadar biasiswa yang telah ditetapkan oleh kerajaan kepada pihak Bendahari untuk pembayaran setiap suku tahun (bayaran 3 bulan sekali seperti jadual dibawah). Jumlah sebenar ditentukan di peringkat Bendahari berdasarkan kadar pertukaran matawang semasa.

BULAN PEMBAYARAN
JANUARI, FEBRUARI, MAC JANUARI
APRIL, MEI , JUN APRIL
JULAI, OGOS, SEPTEMBER JULAI
OKTOBER, NOVEMBER, DISEMBER OKTOBER

(Tertakluk kepada sebarang perubahan)

3.2  BANTUAN SARA HIDUP (COLA)
3.2.1   

Soalan:
Adakah saya layak menerima bantuan sara hidup (COLA) semasa sedang cuti belajar?

Jawapan:
Layak diterima bagi staf cuti belajar didalam negara sahaja.

   
3.2.2

Soalan:
Berapakah kadar bantuan sara hidup yang layak diterima?

 

Jawapan:
Kadar adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2007 dan pindaanya. Rujuk Unit Pengurusan Gaji dan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar. 

3.3   ELAUN KELUARGA
3.3.1

Soalan:
Adakah saya akan menerima Elaun Bantuan Keluarga sekiranya saya bercuti belajar dalam negara dan pasangan saya bekerja?

Jawapan:
Boleh dengan syarat pasangan mengikut atau berpindah mengikut tuan/puan ke tempat pengajian. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

  1. Tempoh kursus 12 (dua belas) bulan atau lebih ; atau
  2. Keluarga tinggal bersama-sama pegawai di luar negara secara terus menerus tidak kurang dari 6 (enam) bulan.
3.3.2  

Soalan:
Pihak manakah yang membayar elaun keluarga saya?

 

Jawapan:
Elaun keluarga dibayar oleh UTeM tertakluk kepada peraturan yang diguna pakai.

3.3.3

Soalan:
Bagaimanakah bayaran elaun keluarga dibuat?

Jawapan:
Bahagian Cuti Belajar akan menyediakan syor bayaran berdasarkan kadar biasiswa yang ditetapkan oleh kerajaan kepada pihak Bendahari untuk setiap suku tahun (bayaran 3 bulan sekali seperti jadual dibawah). Jumlah sebenar pembayaran ditentukan di peringkat Pejabat Bendahari berdasarkan kadar pertukaran matawang asing.

3.3.4

Soalan:
Bagaimana cara saya untuk memohon pertambahan elaun keluarga sekiranya saya mendapat cahaya mata baru?

Jawapan:
Permohonan perlu dikemukakan dengan menulis surat rasmi atau emailkan Bahagian Cuti Belajar dengan menyertakan lampiran Borang Penambahan Tanggungan yang boleh didapati di laman web Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) dan disertakan juga sijil kelahiran anak.

3.3.5

Soalan:
Sekiranya saya berkahwin semasa dalam tempoh cuti belajar, adakah layak memohon elaun keluarga dan bilakah tarikh mula tajaan elaun keluarga tersebut?

Jawapan:
Boleh memohon dengan syarat pasangan tinggal bersama dengan pegawai lebih daripada separuh tempoh pengajian atau kelulusan cuti belajar dan biasiswa. Tarikh mula tajaan adalah mengikut tarikh pasangan mula tinggal bersama pegawai.  

3.3.6

Soalan:
Jika ahli keluaga mengidap penyakit kronik dan berpanjangan, adakah saya boleh membawa mereka ke luar negara dan memohon elaun keluarga?

Jawapan:
Tidak dibenarkan kerana akan melibatkan pertambahan kos perubatan dan akan menganggu pangajian staf serta akan mengakibatkan pelbagai masalah sekiranya penyakit bertambah kronik semasa di luar negara.

4.0 TUNTUTAN
4.1 INSURANS KESIHATAN
4.1.1    

Soalan:
Adakah “ National Health Sevice (NHS)” di United Kingdom, dikira sebagai insurans kesihatan yang dibiayai oleh penaja biasiswa?

Jawapan:
Ya. Ia adalah insuran kesihatan yang diwajibkan ke atas staf cuti belajar yang menyambung pengajian di tetapkan oleh negara pengajian atau Universiti tempat pengajian (tidak termasuk insuran yang dicarum melalui syarikat insurans yang tidak diwajibkan oleh negara tersebut. Kebiasaannya negara atau Universiti yang mewajibkan pengambilan Insurans kesihatan adalah United Kingdom dan Amerika Syarikat.

 

4.2 TUNTUTAN PERUBATAN PENYAKIT KRONIK
4.2.1

Soalan:
Pasangan saya mengidap penyakit kronik (sakit jantung) dan mendapatkan rawatan di hospital luar negara dan ia tidak ditanggung oleh insurans. Bolehkah saya memohon pembiayaan kos perubatan tersebut.

Jawapan:
Tidak boleh dan pasangan dinasihatkan kembali ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan tertakluk kepada peraturan kesihatan dalam negara.

5.0 KOS PENJAGAAN ANAK
5.1

Soalan:
Adakah UTeM menanggung kos penjagaan anak?

Jawapan:
Elaun Keluarga yang diberi adalah bertujuan untuk menanggung semua kos yang melibatkan keluarga.

6.0 JAMINAN KEWANGAN

6.1  

Soalan:
Apakah “SURAT JAMINAN KEWANGAN”

Jawapan:
“SURAT JAMINAN KEWANGAN” adalah dokumen yang dikeluarkan oleh UTeM bertujuan untuk mendapatkan surat tawaran pengajian ataupun untuk tujuan pendaftaran sekiranya diluluskan dibawah tajaan UTeM. Dokumen tersebut juga boleh digunakan untuk tujuan permohonan visa. Ia mengandungi maklumat seperti pengesahan bahawa pegawai adalah staf UTeM, senarai ahli keluarga yang akan ikut bersama, senarai elaun yang akan dibayar oleh penaja dan sebagainya.

6.2

Soalan:
Adakah “Surat Jaminan Kewangan” tersebut menjamin bahawa saya akan diluluskan Cuti Belajar dan Biasiswa?

Jawapan:
Kelulusan Cuti Belajar adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Biasiswa SLAB/SLAI, Kementerian Pengajian Tinggi. Sekiranya pegawai diluluskan cuti belajar dan Biasiswa selain UTeM (seperti biasiswa KPT dan sebagainya) adalah menjadi tanggungjawab pegawai untuk menyerahkan “Jaminan Kewangan” oleh penaja biasiswa kepada Universiti pengajian.

6.3

Soalan:
Adakah “Jaminan Kewangan” tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa?

Jawapan:
Pegawai hanya boleh memohon maksimum tiga (3) kali sahaja untuk mendapatkan surat tawaran pengajian. Bagaimanapun ia bergantung kepada budi bicara Bahagian Cuti Belajar.

6.4

Soalan:
Bagaimanakah cara untuk memohon jaminan kewangan dan berapa lama masa yang diambil untuk mendapatkan surat tersebut?

Jawapan:
Permohonan perlu dibuat dengan membuat permohonan melalui email kepada Bahagian Cuti Belajar dan perlu menyatakan butiran lengkap seperti nama, nombor kad pengenalan diri dan Universiti pengajian yang dipohon. Surat jaminan kewangan tersebut akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

7.0 LAPORAN KEMAJUAN KURSUS
7.1  

Soalan:
Apakah itu “Laporan Kemajuan Kursus” / “Progress Report”

Jawapan:
Laporan Kemajuan Kursus / “Progress Report” merupakan laporan yang mengandungi maklumat yang berkaitan perkembangan dan pencapaian pengajian tuan/puan yang perlu dikemukakan kepada Bahagian Cuti Belajar dan Fakulti bagi membolehkan kami mengikuti perkembangan dan status pengajian tuan/puan.

7.2

Soalan:
Kepada siapakah perlu saya serahkan borang “Progress Report” yang telah lengkap?

Jawapan:
Borang “Progress Report” yang lengkap dengan pengesahan penyelia perlu dihantar kepada Bahagian Cuti Belajar.

7.3

Soalan:
Bolehkah saya menggunakan borang “Progress Report” pihak penaja (contohnya Kementerian Pengajian Tinggi) atau Universiti pengajian untuk diserahkan kepada UTeM?

Jawapan:
Tidak boleh kerana format yang disediakan oleh UTeM adalah berbeza dan perlu mengikut syarat dan prosedur yang telah ditetapkan didalam surat kelulusan cuti belajar.

7.4

Soalan:
Sekiranya Universiti saya menggunakan “quater system” dalam tempoh pembelajaran 3 bulan dengan 3 quarter wajib setahun dan 1 quarter option, adakah saya perlu menghantar laporan pada setiap quarter?

Jawapan:
Universiti telah menetapkan tempoh enam (6) bulan sebagai penanda aras bagi tempoh penyerahan laporan kemajuan.

Bagaimanapun jika terdapat situasi tertentu yang memerlukan penghantaran bagi tempoh tiga(3) bulan maka pihak Universiti tiada halangan.

Walaubagaimanapun untuk tempoh melebihi 6 bulan adalah tidak dibenarkan. Jika berlaku, tuan/puan perlu menyatakan sebab kelewatan penghantaran bagi tujuan makluman kepada Bahagian Cuti Belajar.

7.5

Soalan:
Jika saya gagal menghantar “Progress Report” mengikut masa yang ditetapkan, apakah tindakan yang akan dikenakan?

Jawapan:
Kegagalan penghantaran “Progress Report” akan menyebabkan penahanan gaji dan elaun tanpa notis peringatan. Prosedur ini telah dimaklumkan didalam surat kelulusan cuti belajar.

8.0 LANJUTAN CUTI BELAJAR DAN BIASISWA
8.1  

Soalan:
Bagaimanakah cara untuk saya memohon pelanjutan cuti belajar?

Jawapan:
Permohonan perlu dikemukakan tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat kelulusan cuti belajar asal atau kelulusan pelanjutan terdahulu. Bagi tujuan pelanjutan biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi, tuan/puan perlu membuat permohonan melalui Sistem ESP Online (ESP = Electronic Scolarship System) terlebih dahulu yang boleh dimuat turun di laman web www.mohe.gov.my. Dokumen asal permohonan perlu dihantar kepada Bahagian Cuti Belajar bagi tujuan pemprosesan dan kelulusan diperingkat Fakulti dan Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar.

8.2

Soalan:
Apakah dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pelanjutan cuti belajar?

Jawapan:
Dokumen yang diperlukan bagi tujuan pelanjutan adalah seperti berikut :

  1. Surat rasmi permohonan pelanjutan Cuti Belajar
  2. Borang Permohonan Pelanjutan Cuti Belajar UTeM
  3. Borang Permohonan Pelanjutan KPT
  4. Surat sokongan penyelia – Surat ini perlu menggunakan “Letterhead” Universiti pengajian
  5. Carta perkembangan pengajian atau “Gantt Chart”
  6. Surat pengesahan calon PhD / Surat “defend Proposal
  7. Deraf tesis
8.3

Soalan:
Adakah saya layak diluluskan lanjutan tempoh cuti belajar dan biasiswa?

Jawapan:
Kelulusan adalah tertakluk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar dan mendapat sokongan fakulti, perakuan penyelia, perkembangan pengajian, penghantaran laporan kemajuan dan lain-lain lagi aspek yang dipertimbangkan. Walaubagaimanapun, pelanjutan bukan hak pegawai dan tidak akan diberikan secara automatik.

8.4

Soalan:
Adakah saya layak menerima elaun keluarga semasa dalam tempoh pelanjutan?

Jawapan:
Tuan/puan layak menerima elaun keluarga sekiranya diluluskan lanjutan pertama dengan status “Cuti Belajar Bergaji Penuh dengan Biasiswa” dan ini tertakluk kepada kelayakan biasiswa oleh KPT seperti didalam Pekeliling Pentadbiran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Bil.1/2011 dan pindaannya.

8.5

Soalan:
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan jaminan kewangan (Financial Affidavid/Guarantee Letter For Visa) selepas diluluskan pelanjutan?

Jawapan:
Surat jaminan kewangan akan dikeluarkan oleh penaja biasiswa (contohnya KPT) dan tuan/puan perlu berurusan terus dengan penaja. Bagi tujuan mendapatkan jaminan kewangan untuk keluarga, tuan/puan perlu membuat permohonan kepada Bahagian Cuti Belajar.

9.0 PERTUKARAN
9.1  

Soalan:
Bolehkah saya memohon cuti belajar dan biasiswa selepas menukar mod pengajian separuh masa kepada sepenuh masa?

Jawapan:
Permohonan boleh dikemukakan dan akan dipertimbangkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar dan penaja biasiswa (contohnya KPT). Permohonan ini perlu mendapat kelulusan Dekan Fakulti terlebih dahulu.

Cara permohonan adalah sepertimana permohonan Cuti Belajar dan Biasiswa Sepenuh Masa. Tempoh kelulusan yang akan dipertimbangkan adalah tempoh minimum seperti terkandung dalam surat tawaran pengajian sepenuh masa yang dikeluarkan oleh Universiti pengajian.

9.3 UNIVERSITI PENGAJIAN
9.3.1 

Soalan:
Saya menghadapi masalah dengan penyelia di luar negara. Bolehkah saya menukar Universiti pengajian tetapi kekal diluar negara?

Jawapan:
Semua peraturan berhubung pertukaran dijelaskan didalam Syarat Tawaran dan Peraturan Cuti Belajar/Biasiswa. Permohonan pertukaran Universiti pengajian perlu dihantar kepada Bahagian Cuti Belajar bersama-sama biodata diri penyelia yang baru bersama-sama proposal. Keputusan permohonan tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar.

9.3.2

Soalan:
Saya menghadapi masalah dengan penyelia dan Universiti pengajian. Bolehkah saya menukar Universiti pengajian luar negara ke Universiti pengajian dalam negara?

Jawapan:
Semua peraturan berhubung pertukaran dijelaskan didalam Syarat Tawaran dan Peraturan Cuti Belajar/Biasiswa. Permohonan pertukaran Universiti pengajian perlu dihantar kepada Bahagian Cuti Belajar bersama-sama biodata diri penyelia yang baru bersama-sama proposal. Keputusan permohonan tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar. Staf perlu mendapatkan Surat Tawaran Pengajian daripda Universiti dalam negara terlebih dahulu.

10 LANTIKAN SEMASA DALAM PENGAJIAN
10.1 

Soalan:
Saya telah dilantik sebagai fellow UTeM dan kini sedang dalam pengajian Sarjana tahun akhir di luar negara dan telah mendapat tawaran untuk meneruskan pengajian di peringkat PhD. Bagaimanakah cara untuk memohon cuti belajar dan biasiswa?

Jawapan:
Fellow perlu balik dan lapor diri terlebih dahulu di Bahagian Cuti Belajar dan membuat permohonan dengan mengisi borang-borang permohonan cuti belajar dengan lengkap. Permohonan ini tertakluk dengan kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar.

10.2

Soalan:
Berapa tempoh cuti belajar dan biasiswa yang akan diluluskan?

Jawapan:
Tarikh mula cuti belajar diluluskan bergantung kepada tempoh biasiswa di luluskan.seperti di dalam surat tawaran Universiti pengajian.

Contoh :

  1. Pengajian di dalam negara : Tempoh cuti belajar dan biasiswa yang diluluskan adalah selama 36 bulan sahaja.
  2. Pengajian di luar negara (negara Jepun/Sepanyol/Amerika Syarikat) : Tempoh cuti belajar dan biasiswa yang diluluskan adalah selama 42 bulan.
  1. Pengajian di luar negara (selain daripada negara yang dinyatakan) : Tempoh cuti belajar dan biasiswa yang diluluskan adalah selama 36 bulan.

Bagaimanapun pihak Universiti memberi cuti tambahan 7 hari atau seminggu awal daripada tempoh cuti belajar yang diluluskan bagi tujuan staf untuk menyelesaikan segala urusan sebelum memulakan cuti belajar.

10.3

Soalan:
Saya sedang berada di luar negara. Bolehkah saya meneruskan pengajian di peringkat PhD walaupun masih belum memperoleh keputusan rasmi Sarjana?

Jawapan:
Keputusan rasmi pengajian terdahulu adalah syarat asas permohonan cuti belajar dan biasiswa. Oleh itu tuan/puan dikehendaki untuk memenuhi syarat-syarat tersebut. Bagaimanapun permohonan tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar (JKCB) untuk pertimbangan.

11 MEMOHON CUTI BELAJAR TANPA BIASISWA
11.1 

Soalan:
Bolehkah saya hendak memohon cuti belajar sahaja tanpa sebarang tajaan biasiswa

Jawapan:
Boleh dan proses permohonan adalah sama seperti permohonan cuti belajar dengan mengemukakan surat rasmi memohon cuti belajar sahaja. Walaubagaimanapun. Tuan/puan masih perlu menandatangani perjanjian cuti belajar dan dokumen-dokumen berkaitan.

12 MENGHADIRI PERSIDANGAN DAN PEMBENTANGAN KERTAS KERJA
12.1

Soalan:
Adakah menghadiri pembentangan secara “poster” dibenarkan? Apakah tatacara permohonan menghadiri persidangan dan membentangkan kertas kerja?

Jawapan:
Untuk makluman, pihak KPT tidak  memberi kelulusan dan menanggung perbelanjaan melibatkan “poster”.

Ini adalah syarat yang ditetapkan oleh KPT.

Bagi membuat permohonan menghadiri persidangan dan pembentangan kertas kerja, tuan perlu membuat permohonan melalui sistem esp online KPT dan upload borang yang diminta. Borang-borang tersebut juga perlu dihantar ke BCB secara email sebagai rujukan pihak kami jika ada perkara berbangkit. Antara dokumen yang diperlukan adalah :

  1. Borang permohonan menghadiri persidangan KPT
  2. Surat rasmi daripada pegawai yang ingin menghadiri persidangan. Perlu nyatakan butiran pembentangan dan implikasi kos (anggaran perbelanjaan bagi yuran persidangan, perbelanjaan makan dan minum, penggunaan teksi, tiket kaplterbang dll)
  3. Surat /email jemputan daripada pihak penganjur
  4. kertas kerja pembentangan (perlu dinyatakan penghargaan kepada UTeM)
  5. Surat pengesahan sebagai calon phd (Phd candidatures daripada Universiti pengajian
12.2

Soalan:
Adakah terdapat syarat-syarat berkaitan negara yang dibenarkan untuk menghadiri pembentangan dan membentangkan kertas kerja?

Jawapan:
Berikut adalah tempat/negara yang dibenarkan untuk menghadiri Persidangan dan Pembentangan kertas kerja dan KPT akan menanggung semua perbelanjaan yang terlibat. Jika tuan/puan ingin pergi ke negara selain negara yang dibenarkan maka KPT hanya menanggung sebanyak RM5,000.00 sahaja. Butiran adalah seperti di bawah:

BIL NEGARA TEMPAT PENGAJIAN NEGARA YANG DIBENARKAN

1

UK/Negara Eropah

Negara-negara Eropah

2 Amerika Syarikat/Kanada

Amerika Syarikat/Amerika Tengah/Amerika Selatan/Kanada

3 Australia/New Zealand

Australia/New Zealand/Semua Negara Asia

4 Negara-negara Afrika

Afrika/Eropah/Asia Barat

5

Negara-negara di Benua Asia (Selain Malaysia/Asia Barat)

Australia/New Zealand/Semua Negara Asia
6 Negara-negara Asia Barat

Negara-negara Asia/Eropah/Afrika

7 Malaysia Semua Negara
12.3

Soalan:

Berapa kali saya boleh memohon tajaan Universiti dan apakah kos-kos yang akan ditanggung?

Jawapan:

Berdasarkan kepada peraturan cuti belajar, tuan/puan boleh memohon untuk menghadiri persidangan dan membentangkan kertas kerja sebanyak 1 kali sahaja. Semua kos adalah ditanggung dengan syarat semua resit/invois asal dilampirkan bersama pada Borang Tuntutan Perjalanan Luar Negeri.

12.4

Soalan:

Adakah saya boleh membayar dahulu segala perbelanjaan termasuk tiket penerbanganpergi/balik dan membuat tuntutan kemudian?

Jawapan:

Permohonan tiket kapal terbang bagi menghadiri persidangan dan pembentangan kertas kerja boleh dibuat terlebih dahulu melalui Bahagian Cuti Belajar. Ini adalah kerana ia merupakan kemudahan yang diberikan kepada pegawai yang telah mendapat kelulusan untuk menghadiri dan membentangkan kertas kerja tersebut. Bagaimanapun jika ada perkara lain yang memerlukan tempahan kapal terbang perlu dibuat secara persendirian, pegawai perlu mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Cuti Belajar dan membuat surat justifikasi berkaitan perkara tersebut.

12.5

Soalan:
Berapakah had pembayaran untuk yuran pendaftaran?

Jawapan:
Kos yuran yang dibayar bergantung kepada yuran yang dicatatkan di dalam brosur atau resit yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.

12.6

Soalan:
Bolehkah saya memohon wang pendahuluan?

Jawapan:
Tidak kerana pembiayaan Universiti dan KPT adalah bergantung kepada jumlah kos sebenar yang dituntut dengan disertakan resit asal atau invois.

12.7

Soalan:
Bolehkah saya meminta Universiti untuk membayar yuran pendaftaran terlebih dahulu?

Jawapan:
Untuk setakat ini pihak Universiti tiada peruntukan kewangan bagi tujuan tersebut.

12.8

Soalan:
Berapa lamakah tempoh permohonan menghadiri persidangan dan membentangkan kertas kerja akan dipertimbangkan? Apakah kesannya jika berlaku kelewatan penghantaran permohonan tersebut?

Jawapan:
Syarat asas adalah permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum tarikh seminar/persidangan. Pemohon perlu membuat permohonan di dalam Sistem ESP Online yang boleh dilayari di laman web Bahagian Biasiswa KPT iaitu www.mohe.gov.my. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

12.9

Soalan:
Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapat kelulusan permohonan tersebut?

Jawapan:
Permohonan tersebut akan diproses terlebih dahulu untuk mendapat perakuan diperingkat Fakulti. Kemudian permohonan tersebut akan dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar untuk mendapat kelulusan dan seterusnya permohonan akan diperakukan oleh Universiti didalam Sistem ESP online tersebut. Jangkamasa surat kelulusan rasmi dikeluarkan adalah bergantung kepada pihak KPT.

12.10

Soalan:
Bolehkah saya menghantar dokumen permohonan melalui email?

Jawapan:
Segala dokumen yang tidak melibatkan resit atau invois asal boleh dihantar secara “softcopy” dengan syarat ia adalah lengkap dan bertandatangan.

12.11

Soalan:
Borang apakah yang perlu dihantar bagi tujuan tuntutan perjalanan bagi menghadiri dan membentangan kertas kerja?

Jawapan:
Borang tuntutan luar negara atau dalam negara boleh didapati di laman web www.mohe.gov.my. Borang tersebut adalah Tuntutan Elaun Perjalanan ke Luar Negeri Tujuan Pembentangan Kertas Kerja di Persidangan SLAB/SLAI. Jika staf tersebut mendapat penajaan biasisiwa UTeM , maka borang Tuntutan Elaun Perjalanan Luar Negara di laman web rasmi Pejabat Bendahari. Borang-borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan ke Bahagian Cuti Belajar untuk tujuan proses.

13 TIKET KAPAL TERBANG
13.1 

Soalan:
Bolehkah saya membuat tempahan tiket penerbangan dan mendahulukan bayaran menggukan duit sendiri?

Jawapan:
Semua tempahan penerbangan perlu melalui Bahagian Cuti Belajar. Walaubagaimanapun , boleh dipertimbangkan kes-kes tertentu seperti tiada penerbangan MAS atau AIR­-ASIA ke lokasi.

13.2  

Soalan:
Bagaimanakah saya ingin memohon tempahan tiket kapal jika ingin pulang ke Malaysia setelah tamat pengajian?

Jawapan:
Borang permohonan tempahan tiket kapal terbang (BPO 12) boleh didapati dilaman web Pejabat Pendaftar di Bahagian Pengurusan Organisasi perlu diisi dan dikembalikan dalam tempoh 3 minggu sebelum tarikh pulang bagi tujuan pemprosesan. Borang permohonan tersebut perlu disertakan dengan dokumen sokongan iaitu :

  1. Salinan surat kelulusan cuti belajar
  2. Salinan surat kelulusan pelanjutan cuti belajar (jika ada)
  3. Salinan pasport dan visa pemohon dan keluarga
14 SPOUSE PROGRAMME
14.1  

Soalan:
Suami/isteri telah melanjutkan pengajian di peringkat PhD. Setahun kemudian, isteri telah mengikut pasangan untuk melanjutkan pengajian di Universiti yang sama. Bagaimanakah bentuk bayaran biasiswa yang layak diterima oleh mereka?

Jawapan:
Bagi perkara di atas, bayaran akan dibuat secara spouse programme, dimana pemegang biasiswa utama sama ada isteri atau suami (boleh ditentukan oleh pegawai sendiri) akan menerima biasiswa penuh termasuk elaun keluarga dan elaun bantuan sewa rumah. Bagi pasangan yang menerima elaun spouse, hanya layak elaun pegawai seorang sahaja termasuk elaun sara hidup.

Contoh : En. Azman dan Pn. Suhana merupakan pensyarah di UTeM. Mereka merupakan sepasang suami isteri dan mempunyai 3 orang anak telah diluluskan cuti belajar di tempat yang sama iaitu di Universiti of Liverpool, United Kingdom. En. Azman telah bersetuju untuk menerima elaun ‘spouse’ dan akan menerima biasiswa penuh termasuk elaun keluarga dan elaun bantuan sewa rumah. Manakala Pn. Suhana hanya layak menerima elaun sara hidup sahaja.

PEGAWAI PASANGAN
Elaun Sara Hidup

Elaun Sara Hidup

60 % daripada Elaun Sara Hidup / elauan saraan

  1. 60 % daripada Elaun Sara Hidup

Cth : Malaysia, Jepun,Sweden

  1. 60 % daripada Elaun Saraan sahaja.

Cth : United Kingdom, New Zealand,Australia

Elaun Bantuan Keluarga Tiada
Elaun Bantuan Sewa Rumah Tiada
Elaun Buku Elaun Buku
Elaun Pakaian Panas Elaun Pakaian Panas (Bujang)
Elaun Penempatan Tiada
Elaun Alat Pekakas Elaun Alat Pekakas (Bujang)
Elaun Akhir Pengajian Elaun Akhir Pengajian (Bujang)
15 URUSAN SURAT-MENYURAT
15.1  

Soalan:
Adakah Bahagian Cuti Belajar menguruskan penghantaran surat atau dokumen seperti borang permohonan kemasukan ke Universiti pengajian, laporan kemajuan kursus / borang perjanjian biasiswa / pelbagai tuntutan kepada penaja(KPT).

Jawapan:
Dokumen tersebut boleh dikemukakan oleh pegawai itu sendiri kepada pihak KPT. Bagaimanapun pegawai boleh menghubungi Bahagian Cuti Belajar untuk khidmat nasihat berkaitan perkara tersebut.

16 PENAJAAN LUAR SELAIN UTeM
16.1  

Soalan:
Bolehkah saya memohon cuti belajar di bawah tajaan biasiswa agensi yang melibatkan kontrak dengan agensi berikut?

Jawapan:
Tajaan biasiswa luar amatlah digalakkan selagi tidak melibatkan sebarang kontrak kerana tuan/puan adalah staf UTeM dan dikehendaki untuk berkhidmat di UTeM.

16.2

Soalan:
Bolehkah saya menerima biasiswa daripada dua penaja pada masa yang sama seperti Mara dan KPT?

Jawapan:
Staf hanya boleh ditaja oleh satu penaja sahaja pada satu-satu masa dan sekiranya didapati menerima dua tajaan, maka satu tajaan lagi akan ditarik balik.

16.3

Soalan:
Sekiranya saya menerima biasiswa Universiti pengajian tetapi hanya ditaja yuran dan elaun sara hidup, adakah saya layak memohon elaun keluarga?

Jawapan:
Maklumat seperti jumlah penajaan oleh Universiti pengajian perlu dikemukakan kepada Bahagian Cuti Belajar bagi tujuan pelarasan elaun keluarga. Kadar yang akan dibayar oleh UTeM adalah mengikut jumlah bagi penyelarasan kepada kadar KPT.

17 PERGERAKAN KERANA URUSAN PERIBADI
17.1  

Soalan:
Bolehkah saya pulang ke Malaysia atau ke luar negara dalam tempoh cuti belajar?

Jawapan:
Boleh tertakluk kepada kelulusan UTeM dan penaja biasiswa. Tuan/Puan perlu mengemukakan permohonan berkaitan perkara berkenaan ke Bahagian Cuti Belajar

17.2

Soalan:
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan kelulusan kembali ke Malaysia atau ke luar negara atas urusan peribadi?

Jawapan:
Permohonan rasmi perlu dibuat dengan menyertakan surat permohonan dan sokongan penyelia ke Bahagian Cuti Belajar.

18 KERJA SEPARUH MASA
18.1  

Soalan:
Bolehkah saya kerja separuh masa dalam temph cuti belajar dan biasiswa?

Jawapan:
Tidak dibenarkan oleh UTeM dan penaja (KPT) kerana staf perlu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penyelidikan/pengajian, tambahan lagi telah diberikan elaun sara hidup dan elaun keluarga.

   
 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

suriaa   Norsuria Binti Azis
Penolong Pendaftar (N41)
phone 06-2701921 
email logoAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
     
rafidahh   Rafidah Binti Md.Dusa
Penolong Pendaftar Kanan (N44)
phone 06-2701925 
email logoAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Pekeliling DokumenISO KalendarLatihan MuatTurunBorang Perlembagaan
Pekeliling Dokumen ISO Kalendar Latihan Muat Turun Borang Borang Maklum Balas

web kik

Kumpulan Inovatif dan Kreatif

web cpd

Program Pembangunan Profesional Berterusan / Continuous Professional Development

 

wen ebook

Koleksi eBook
Pejabat Pendaftar

Save

Save

Save

web star

Kelab Staf
Pejabat Pendaftar

Save

Save

Save

Save

web 5s

eBuletin TERAS
Pejabat Pendaftar