PERLEMBAGAAN MAJLIS BERSAMA JABATAN BAGI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM)

(Pind. 4/2015)

 

1. KEAHLIAN

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (selepas ini disebut ‘Majlis’) hendaklah mengandungi sembilan belas (19) orang ahli termasuk Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha-setiausaha yang terdiri daripada Sembilan (9) ahli yang dilantik oleh Naib Canselor UTeM (selepas ini disebut sebagai ‘Pihak Pegawai’) dan sembilan (9) orang ahli yang dipilih oleh pekerja-pekerja yang berkhidmat di UTeM (selepas ini disebut oleh ‘Pihak Pekerja’).
 
2. PIHAK PEGAWAI
2.1

Ahli-ahli bagi ‘Pihak Pegawai’ hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai UTeM seperti berikut:-

a) 

Naib Canselor

Pengerusi
b) Timbalan-Timbalan Naib Canselor (3 orang yang dinamakan oleh Pengerusi)  Ahli
c)  Pendaftar Ahli
d) Bendahari Ahli
e) Penolong Naib Canselor (Pembangunan & Pengurusan Fasiliti) Ahli
f) Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri Masyarakat) Ahli
g) Penasihat Undang-Undang Ahli
h) Pegawai Yang dinamakan oleh Pendaftar Setiausaha
2.2

Ahli-ahli bagi Pihak Pegawai ini hendaklah dilantik atas nama jawatan masing-masing dan tiada had tempoh memegang jawatan di dalam majlis.

3. PIHAK PEKERJA
3.1

Ahli-ahli bagi Pihak Pekerja hendaklah terdiri daripada pekerja-pekerja di dalam UTeM, Gred 48 dan ke bawah, tidak terlibat dalam membuat keputusan, bukan merupakan Ketua Bahagian/Unit dan dipilih oleh pekerja-pekerja itu sendiri. Peraturan bagi pemilihan ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah mengikut peraturan-peraturan pemilihan yang akan disediakan buat permulaan oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh pekerja-pekerja dalam UTeM dan diluluskan oleh Naib Canselor.

3.2 Pemilihan Pengerusi dan Setiausaha bagi Pihak Pekerja akan dibuat dari kalangan ahli-ahli Pihak Pekerja yang dipilih dan pemilihan itu hendaklah dibuat oleh Pihak pekerja sendiri tanpa campur tangan dari Pihak Pengurusan. Pengerusi Pihak Pekerja akan menjadi Naib Pengerusi kepada MBJ manakala Setiausaha Pihak Pekerja akan menjadi Setiausaha Bersama.
3.3 Kekosongan yang berlaku di dalam keanggotaan Pihak Pekerja hendaklah dipenuhi oleh calon-calon daripada Kesatuan/Persatuan/pekerja-pekerja yang memilih pekerja-pekerja itu sendiri.
 3.4 Ahli-ahli Pihak Pekerja hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua (2) tahun mulai daripada tarikh pelantikan mereka dan mereka boleh terus memegang jawatan tersebut sehingga ahli-ahli yang akan mengambil alih telah dilantik/dipilih. 
 

4. PEGAWAI-PEGAWAI MAJLIS

4.1

Pegawai-pegawai Majlis adalah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Bersama. Naib Pengerusi hendaklah terdiri daripada ahli yang dipilih dan menjadi Pengerusi ahli Pihak Pekerja. Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja menjadi Setiausaha Bersama bagi Majlis.

5. TUJUAN

5.1 Tujuan Majlis adalah:

 a)

Untuk memperoleh seluas-luasnya kerjasama antara UTeM dengan pegawai-pegawai yang bergaji di dalam UTeM, dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelicinan kerja dan kebajikan pekerja-pekerja yang berkenaan; dan

 b)

Untuk mengadakan jentera bagi menguruskan soal-soal mengenai syarat-syarat bekerja dan amnya untuk mengumpul berbagai buah fikiran daripada pekerja-pekerja dengan wakil-wakil rasmi di UTeM.
 

6. BIDANG DAN FUNGSI

6.1. Bidang dan fungsi Majlis hendaklah tertumpu hanya kepada perkara-perkara yang termasuk di dalam bidang kuasa Majlis yang mana adalah seperti berikut :-

i) 

Membincang dan mencadangkan perkara-perkara mengenai syarat-syarat bekerja yang ada kaitan dengan Pentadbiran yang berkenaan kecuali semua perkara yang melibatkan dasar-dasar Kerajaan atau hal-hal perseorangan;

ii) 

Membolehkan staf mengambil bahagian dan lebih bertanggungjawab di atas perkara-perkara mengenai kerja-kerja mereka dan mematuhi syarat-syarat bawah nama tugas-tugas mereka dijalankan;

 iii)

Menggalakkan kakitangan menerusi pengambilan bahagian dalam perbincangan-perbincangan untuk mendapat pengetahuan yang lebih lagi mengenai pentadbiran berbagai Jabatan; dan
 iv) Mencadangkan kemudahan bagi memperbaiki perjalanan organisasi Universiti teknikal Malaysia Melaka serta peruntukkan bagi menerima cadangan dan syor-syor dari kakitangan mengenai perkara ini.
 

7. MESYUARAT-MESYUARAT

7.1

Mesyuarat-mesyuarat biasa bagi Majlis hendaklah diadakan empat (4) kali setahun iaitu tiga (3) bulan sekali.

7.2 Kuorum bagi mesyuarat majlis hendaklah tidak kurang daripada 50% (5) ahli Pihak Pegawai dan 50% (5) ahli Pihak Pekerja.
7.3 Jika sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan mesyuarat yang telah dijadualkan maka ahli Pihak Pegawai yang berkenaan boleh menjadi Pengerusi ganti. Naib Pengerusi MBJ, iaitu, Pengerusi Pihak Pekerja tidak boleh mempengerusikan mensyuarat MBJ dalam apa keadaan sekali pun.
 7.4 Agenda bagi mesyuarat-mesyuarat Majlis hendaklah disediakan oleh Setiausaha Bersama dan dihantar oleh Setiausaha-setiausaha tersebut kepada pihak masing-masing tidak kurang daripada 7 hari sebelum mesyuarat. Perkara-perkara yang tidak termasuk di dalam agenda hanya boleh dibincangkan dengan kebenaran Pengerusi dan Naib Pengerusi.
 7.5 Mesyuarat Khas Majlis boleh diadakan dengan permintaan Pengerusi atau Naib pengerusi bila dikehendaki. Tarikh mesyuarat tersebut hendaklah dipersetujui oleh pegawai-pegawai Majlis. Perkara-perkara yang akan dibincangkan di mesyuarat tersebut hendaklah terhad kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam notis memanggil mesyuarat tersebut. 
 7.6 Minit Mesyuarat MBJ hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Pihak Pegawai dan Setiausaha Pihak Pekerja.
 
8. KEPUTUSAN
8.1

Segala keputusan-keputusan Majlis hendaklah dicapai secara persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

8.2 Keputusan yang diambil jika tidak ada hubungan dengan Jabatan-jabatan lain dan tidak pula bertelingkah dengan dasar Kerajaan bolehlah diselenggarakan atau dilaksanakan oleh UTeM. Bagi keputusan yang ada kaitan dengan dasar Kerajaan ataupun dengan Jabatan-jabatan lain ia hendaklah dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam atau Jabatan-jabatan yang berkenaan.
   
9. PINDAAN KEPADA PERLEMBAGAAN
 
9.1

Perlembagaan Majlis boleh dipinda di mana-mana satu mesyuarat Majlis dengan persetujuaan tidak kurang daripada 50% ahli Pihak Pegawai dan 50% ahli Pihak Pekerja. Notis mengenai pindaan hendaklah diberi dan diedarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipersetujui dan diluluskan.

9.2 Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai penggubal dasar boleh menetapkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan sebarang perbezaan pendapat dan pertentangan di antara Pihak Pegawai dengan Pihak Pekerja mengenai penggubalan dan pindaan perlembagaan Majlis. Segala keputusan yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam adalah muktamad selari dengan kuasa yang diperuntukkan dalam perenggan 13 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992.
   
SENARAI KEAHLIAN PIHAK PEKERJA
Sembilan (9) orang wakil daripada Persatuan ataupun Pertubuhan yang mewakili kumpulan perkhidmatan masing-masing iaitu:
 
 

 i.

Tiga (3) orang dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik);

 
 

 ii.

Tiga (3) orang dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Staf Pentadbiran);
 
 

 iii.

Tiga (3) orang dari Kumpulan Pelaksana
 
Mereka ini digalakkan diwakili oleh Presiden/Yang Dipertua Persatuan/Pertubuhan, Timbalan Presiden/Yang Dipertua Persatuan/Pertubuhan dan Setiausaha Persatuan/Pertubuhan dari kumpulan masing-masing.
 
 
 

Perlembagaan MBJ_KUTKM (Pind. 1/2004)
Diluluskan oleh Mesyuarat MBJ_KUTKM Bil. 1/2004
Pada 19 Disember 2004

Perlembagaan MBJ-UTeM (Pind. 2/2008)
Diluluskan oleh Mesyuarat MBJ-UTeM Bil. 1/2008
Pada 13 Mac 2008

Perlembagaan MBJ-UTeM (Pind. 3/2013)
Diluluskan oleh Mesyuarat MBJ-UTeM Bil. 2/2014
Pada 24 Mac 2014

Pekeliling DokumenISO KalendarLatihan MuatTurunBorang Perlembagaan tenaga
Pekeliling Dokumen ISO Kalendar Latihan Muat Turun Borang Borang Maklum Balas
Info Tenaga

web kik

Kumpulan Inovatif dan Kreatif

web cpd

Program Pembangunan Profesional Berterusan / Continuous Professional Development

web mbj

Majlis Bersama Jabatan

Save

Save

Save

wen ebook

Koleksi eBook
Pejabat Pendaftar

Save

Save

Save

web star

Kelab Staf
Pejabat Pendaftar

Save

Save

Save

Save

web 5s

eBuletin TERAS
Pejabat Pendaftar