PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (CPD)

Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuous Professional Development (CPD) iaitu proses pembelajaran sepanjang hayat untuk membangun dan meningkatkan kompetensi individu yang banyak digunakan oleh badan-badan profesional seluruh dunia untuk tujuan pembangunan dalam prefesion tertentu.
     
1.  

Pihak Pengurusan Universiti melalui mesyuarat Panel Penilaian Kompetensi pada 20 Mac 2009 telah bersetuju agar program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dilaksanakan untuk mengekal, mengembang dan mempertingkatkan kompetensi dan profesionalisme individu berpusatkan kepada keperluan staf dan hala tuju organisasi bagi menghadapi sebarang perubahan dan cabaran dalam memacu kejayaan.

   
2.  

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia telah diberi tanggungjawab dan kuasa untuk menguruskan pelaksanaan program CPD ini melalui keputusan Mesyuarat Lembaga Penilaian Kompetensi Bil.1/2010 yang bersidang pada 7 Mei 2010.

   
3.  

Pada 7 Mei 2010, program ini telah siap dibangunkan berserta dengan modul CPD di dalam Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM) atas kerjasama yang padu daripada jawatankuasa, pihak Pusat Komputer dan warga UTeM.

   
4.  

Dalam tempoh lapan (8) tahun pelaksanaannya, program ini memberi impak yang baik dari aspek untuk menggalakkan dan meningkatkan staf mengikuti aktiviti-aktiviti pembangunan diri. Perbandingan yang dibuat di antara tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017 menunjukkan peningkatan peratus pencapaian staf yang memenuhi 42 mata CPD yang ditetapkan iaitu 28.93% (2010), 46.10% (2011), 50.6% (2012), 54.9% (2013), 63% (2014), 66% (2015), 86% (2016) dan 89% (2017).

   
5.  

Pada 2016 pihak Universiti telah bersetuju mata CPD dikira berdasarkan gandaan dua mata bagi setiap komponen yang dikeluarkan melalui Surat Pekeliling Pentadbiran bil 2/2016 Pekeliling Penagguhan Penguatkuasaan Dasar Berkursus Tujuh Hari Setahun Bagi Anggota Perhidmatan Awam UTeM selaras dengan Surat Edaran Perkhidmatan berkaitan Penangguhan Penguatkuasaan Pelaksanaan Dasar Berkursus Tujuh Hari Setahun Bagi Anggota Perhidmatan Awam yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

   
6.  

Pengiraan gandaan dua mata CPD melibatkan semua aktiviti yang terkandung dalam bahagian-bahagian CPD iaitu Kursus, Perkongsian Ilmu dan Jawatankuasa / Sukan/ Bakat bagi Kumpulan Pengurusan & Profesional (Pentadbir dan Akademik) dan Kumpulan Pelaksana, Gred 1- 54 dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi – Jawatan Gred Khas (VU dan VK).

   
   

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

hazrink   Hazrin Binti Kasim
Penolong Pendaftar Kanan (N44)
phone 06-2701928 
email logoAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pekeliling DokumenISO KalendarLatihan MuatTurunBorang Perlembagaan
Pekeliling Dokumen ISO Kalendar Latihan Muat Turun Borang Borang Maklum Balas

web kik

Kumpulan Inovatif dan Kreatif

web cpd

Program Pembangunan Profesional Berterusan / Continuous Professional Development

 

wen ebook

Koleksi eBook
Pejabat Pendaftar

Save

Save

Save

web star

Kelab Staf
Pejabat Pendaftar

Save

Save

Save

Save

web 5s

eBuletin TERAS
Pejabat Pendaftar