BAYARAN ELAUN PENCERAMAH

Soalan:

Saya telah dijemput untuk memberi ceramah dalam satu Kursus Induksi. Adakah saya layak dan peraturan manakah perlu saya rujuk untuk mempastikan saya layak untuk membuat tuntutan?

Jawapan:

Bayaran Elaun Penceramah boleh dirujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2007. Dokumen yang perlu dilampirkan semasa permohonan tuntutan adalah seperti berikut :-

  1. Lengkapkan maklumat staf/ penceramah dalam borang tuntutan penceramah
  2. Nyatakan kelayakan akademik bagi penceramah luar
  3. Sertakan salinan surat jemputan penceramah
  4. Sahkan dokumen yang disertakan
 

KERJA LEBIH MASA

Soalan:

Sekiranya saya di arah untuk membuat Kerja Lebih Masa, apakah saya layak untuk membuat tuntutan dan sekiranya saya layak dokumen apakah yang diperlukan untuk saya membuat tuntutan?

Jawapan:

Seseorang pegawai layak untuk membuat tuntutan jika pegawai berikut adalah dari kumpulan sokongan iaitu dari gred 1-36 boleh merujuk kepada Pekeliling Bendahari Bil 4/2001. Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :-

  1. Borang tuntutan kerja lebih masa
  2. Kenyataan tugas
  3. Perkiraan kadar elaun lebih masa
  4. Tandatangan Pegawai Penyelia
  5. Kelulusan Ketua Jabatan bagi tuntutan melebihi 1/3 gaji
  6. Surat arahan kerja lebih masa
  7. Salinan borang perakam waktu
  8. Salinan buku log (Bagi Pemandu)
  9. Salinan jadual tugas (Bagi Pengawal Keselamatan)
 
ASET/INVENTORY

Soalan:

Bagaimana saya ingin melupuskan aset Bahagian yang telah rosak atau usang?

Jawapan:

Aset yang telah dikenalpasti telah rosak atau usang boleh dilupuskan dengan mengisi borang KEW-PA 17A dan KEW-PA 16 serta perlu melampirkan bersama borang daftar aset berkenaan. Borang yang telah lengkap diisi perlulah dihantar ke Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Pejabat Pendaftar untuk ditandatangani oleh Pegawai Aset Pejabat Pendaftar.

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

nia   Aghniya binti Mohamad
Penolong Akauntan (W29) 
phone 06-2701910
email logoAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
     
zainudinn   Zainuddin bin Abdul Hamid
Penolong Pendaftar Kanan (N44) 
phone 06-2701766
email logozainuddin.hamidAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pekeliling DokumenISO KalendarLatihan MuatTurunBorang Perlembagaan tenaga
Pekeliling Dokumen ISO Kalendar Latihan Muat Turun Borang Borang Maklum Balas
Info Tenaga

web kik

Kumpulan Inovatif dan Kreatif

web cpd

Program Pembangunan Profesional Berterusan / Continuous Professional Development

 

wen ebook

Koleksi eBook
Pejabat Pendaftar

Save

Save

Save

web star

Kelab Staf
Pejabat Pendaftar

Save

Save

Save

Save

web 5s

eBuletin TERAS
Pejabat Pendaftar