Terdapat dua (2) kategori yang dipertandingkan, iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal
KATEGORI PENGURUSAN
Kategori Pengurusan merupakan projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau sistem prosedur kerja. Contohnya ialah penggabungan borang permohonan, lesen komposit, pengenalan borang baru, pelaksanaan prosedur kerja baru, pengenalan sistem kerja baru atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem baru yang boleh menjimatkan masa, kos dan kos operasi, meningkatkan tahap kepuasan hati pelanggan dan penyampaian perkhidmatan serta faedah-faedah lain.
KATEGORI TEKNIKAL
Kategori Teknikal merupakan projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts) dan sains gunaan (applied science). Contoh projek teknikal ialah penciptaan peralatan baru, pengubahsuaian rekabentuk peralatan lama kepada baru, pembangunan sistem komputer atau perisian komputer, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen dan pewujudan kaedah teknikal baru.