PENCEN DAN PERSARAAN
(Sumber rujukan : Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia)
PERSARAAN KERANA MENCAPAI UMUR 55/56/58/60 TAHUN |
Pada hari seseorang anggota mencapai umur 55/56/58/60 tahun mengikut opsyen umur bersara yang dipilih. [Seksyen 10(1), Akta 227 / Akta 239] |
PERSARAAN ATAS SEBAB KESIHATAN |
Anggota yang kesihatannya tidak memuaskan boleh dibersarakan atas sebab kesihatan. Keadaan di mana pegawai itu boleh dibersarakan adalah seperti Perintah Am Bab ‘F’(1974). [Seksyen 10(5)(a), Akta 227 / Akta 239] |
Syarat yang melayakkan seorang anggota untuk persaraan atas sebab kesihatan adalah seperti berikut : |
|
PERSARAAN PILIHAN |
Seseorang anggota berpencen boleh mengemukakan permohonan persaraan pilihan apabila atau selepas mencapai umur 40 tahun. Bagi maksud pemberian faedah persaraan, anggota telah berkhidmat sekurang-kurangnya 10 tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira. [Seksyen 12(1), Akta 227 / Akta 239] |
Anggota yang bercadang untuk memohon persaraan pilihan sendiri mestilah berumur melebihi 40 tahun, tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira tidak kurang daripada 10 tahun (bagi membolehkan faedah persaraan diberi kepada pegawai yang bersara pilihan tersebut). Ganjaran perkhidmatan layak dibayar pada tarikh persaraan manakala pencen hanya akan dibayar pada umur layak menerimanya mengikut undang-undang pencen. Setiap permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan / Ketua Pusat Tanggungjawab. |
Permohonan persaraan pilihan dimestikan dihantar ke Pejabat Pendaftar selewatnya enam (6) bulan sebelum tarikh bersara. Setelah permohonan persaraan pilihan ini diperakukan oleh Universiti, ia akan dipanjangkan ke Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi tujuan kelulusan. Ia adalah muktamad dan dianggap telah dipertimbangkan sewajarnya oleh pemohon. Sebarang permintaan untuk menarik balik permohonan atau meminda tarikh persaraan selepas permohonan tidak akan dilayan. |
Permohonan hendaklah dikemukakan bersama dengan dokumen-dokumen termasuklah surat permohonan asal daripada anggota berkenaan yang menyatakan justifikasi bersara pilihan dan tarikh persaraan yang dipohon. Surat daripada Ketua Jabatan / Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah menyatakan sebab-sebab menyokong atau tidak menyokong permohonan berkenaan serta surat pengesahan dari Pejabat berkaitan mengenai: |
|
PENCEN TERBITAN |
Pencen BULANAN yang terbit disebabkan oleh kematian anggota / pesara sektor awam, dibayar kepada orang-orang tanggungan anggota / pesara sepertimana yang diperuntukkan oleh Undang-Undang pencen berkenaan.Seksyen 4(1), 4(2), dan 18, Akta 227 / Akta 239] |
Pencen terbitan layak diberikan kepada Balu / Duda dan Anak (tertakluk kepada syarat-syarat kelayakkan). Jika ketiadaan Balu / Duda dan Anak, Ganjaran Terbitan boleh diberikan kepada wakil yang sah di sisi undang-undang. |