TAFSIRAN CUTI

 
 

“Cuti” bermakna sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja.

P. A 1(i) Bab C 1974

 

JENIS-JENIS CUTI 

Cuti Kerana Perkhidmatan

  1. Cuti Rehat
  2. Cuti Separuh Gaji
  3. Cuti Tanpa Gaji
 

Cuti Kerana Perubatan

  1. Cuti Sakit
  2. Cuti Sakit Lanjutan
  3. Cuti Kecederaan
  4. Cuti Tibi/Kusta/Barah
  5. Cuti Kerantina
  6. Cuti Bersalin
 

Cuti Tanpa Rekod

  1. Cuti Gantian
  2. Cuti Latihan Pasukan Sukarela
  3. Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan dan persatuan
  4. Cuti menghadiri latihan syarikat Kerjasama/koperasi
  5. Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas
  6. Cuti menghadiri kursus kursus lain:
  7. Kursus Kepimpinan Belia dan Bina Semangat
  8. Kursus Kesatuan Sekerja (diluluskan oleh KSM)
  9. Cuti mengambil bahagian dalam olahraga/sukan/ahli JK pertandingan
  10. Cuti tugas khas perubatan
  11. Cuti isteri bersalin
  12. Cuti urusan kematian keluarga terdekat
  13. Cuti mengikuti latihan fasilitator/menjadi fasilitator latihan PLKN
  14. Cuti Kursus Sambilan.
  15. Cuti Penderma Organ
 

Lain -Lain Cuti

  1. Cuti Haji
  2. Cuti Berkursus (Akademik)
  3. Cuti Umrah
  4. Cuti Kuarantin
  5. Cuti Menjaga Anak (Tanpa Gaji)
  6. Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Bekerja/ Berkursus

 

 

TAFSIRAN CUTI REHAT

“Cuti Rehat” bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun dari bulan Januari hingga Disember.

P. A 1(ii) Bab C 1974

 

JADUAL KADAR CUTI REHAT TAHUNAN MULAI 1 JANUARI 2016 


 

Tarikh Lantikan Pertama/ Baharu

Kurang 10 Tahun Perkhidmatan yang Melayakkan

Genap 10 Tahun Perkhidmatan yang Melayakkan

(Dikira daripada tarikh lantikan tetap pertama dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan)

Gred 1-20 Gred 21-30

Gred

31-54

Pengurusan Tertinggi Gred 1-20 Gred 21-30

Gred

31-54

Pengurusan Tertinggi

Sebelum

1 September 2005

20

hari

25

hari

30

hari

30

hari

25

hari

30

hari

35

hari

35

hari

Mulai

1 September 2005

hingga

31 Disember 2008

20

hari

25

hari

30

hari

30

hari

25

hari

30

hari

30

hari

30

hari

Mulai

1 Januari 2009

20

hari

25

hari

25

hari

25

hari

25

hari

25

hari

25

hari

25

hari

PP Bil 11/2015 (Perkara 7)

 

PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN

“Perkhidmatan yang melayakkan” bermakna perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit [dan bagi guru guru termasuk cuti sekolah bergaji penuh] tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar.

P. A 1 (ix) Bab C 1974 

 

 

KIRAAN CUTI REHAT YANG MELAYAKKAN

Jumlah HARI berkhidmat (yang telah bertugas) / 365 hari X kelayakan cuti rehat (bagi setahun)

  1. Kaedah perkiraan adalah tertakluk kepada tarikh pelantikan staf itu (tarikh staf mula melaporkan diri untuk bertugas). Kaedah yang sama juga boleh digunakan bagi staf yang kembali melaporkan diri untuk bertugas semula setelah bercuti belajar (berkursus), cuti sabatikal, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji, cuti haji atau bercuti bagi tempoh cuti yang tidak melayakkan mendapat cuti rehat.
  2. Bagi mana-mana staf dalam sesuatu tahun perkhidmatan yang tidak genap satu (1) tahun, maka cuti rehat yang staf berkelayakan ialah sebanyak cuti bagi tempoh perkhidmatan yang melayakkan sahaja. Contohnya, staf baharu berkhidmat atau berhenti kerja pada tengah tahun atau mengambil kelayakan cuti lain yang tidak melayakkan mendapat cuti rehat.

SIFIR PENGIRAAN KELAYAKAN CUTI REHAT

  1. Sifir cuti rehat ini digunakan sebagai panduan kepada staf bagi menentukan kelayakan cuti rehat bagi satu tahun kalendar.
  2. Ketua Pusat Tanggungjawab hendaklah memastikan staf mengambil cuti rehat mengikut tempoh perkhidmatan yang melayakkan. Walau bagaimanapun, pengambilan cuti rehat yang melebihi kelayakan boleh dipertimbangkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 

 

SIFIR CUTI REHAT


Bilangan Bulan Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis
Kelayakan cuti 20 hari 1.6 3.3 4.9 6.6 8.3 9.9 11.6 13.3 14.9 16.6 18.3 20
Kelayakan cuti 25 hari 2.0 4.1 6.2 8.3 10.4 12.4 14.5 16.6 18.7 20.8 22.9 25
Kelayakan cuti 30 2.5 5 7.5 10 12.5 15 17.5 20 22.5 25 28.5 30
Kelayakan cuti 35 hari 2.9 5.8 8.7 11.6 14.5 17.4 20.4 23.3 26.2 29.1 32.0 35
 

CONTOH KIRAAN CR

Kes 1 : Pegawai dalam Gred N19 dilantik pada 25.4.2017

   

251 h(365 h – 114 h) X 20 h = 13.75

             365 h

       = 14 hari

Kes 2 : Pegawai Bercuti Haji selama 40 hari

325 h (365 h – 40 h) X 30 h = 26.7

             365

       = 27 hari

 

PENGAMBILAN CUTI REHAT

  1. Permohonan untuk menggunakan cuti rehat hendaklah dibuat menerusi sistem online Sistem Maklumat Sumber Manusia (SMSM) - Cuti.
  2. Dalam keadaan biasa, seseorang staf hanya boleh mengambil cuti rehat setakat perkhidmatan yang melayakkan. Walau bagaimanapun, pengambilan cuti rehat melebihi kelayakan boleh dipertimbangkan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  3. Sekiranya didapati seseorang staf itu mengambil cuti rehat melebihi kelayakannya, maka ia hendaklah membayar balik (sama ada melalui pemotongan gaji atau bayaran secara terus ) kepada Universiti bersamaan satu hari emolumen bagi tiap-tiap sehari cuti yang terlebih itu.
  4. Bilangan hari yang terlebih ambil itu akan diberi status Cuti Tanpa Gaji dan ditolak daripada Cuti Tanpa Gaji staf yang berkelayakan di bawah Perintah Am 14 Bab C,1974. Staf boleh dikenakan tindakan tatatertib.

SPP Bil 4/2009 (Perkara 5.1 (u))

  1. Staf hanya boleh mengambil cuti rehat yang berkelayakan sebelum meninggalkan perkhidmatan (letak jawatan/ bersara).

 

SYARAT PENGUMPULAN CUTI REHAT

  1. Kerana kepentingan perkhidmatan
  2. CR tahun pertama yang tidak dapat dihabiskan boleh dibawa ke tahun berikutnya dan akan luput pada akhir tahun ketiga.

 

KAEDAH PENGIRAAN CUTI LUPUT

 
TAHUN CUTI TAHUN LEPAS KADAR CUTI TAHUN SEMASA JUMLAH CUTI LAYAK TAHUN SEMASA CUTI DIAMBIL BAKI CUTI KUMPUL GCR SEMASA JUM. GCR KESELURUHAN CUTI DIBAWA KE TAHUN HADAPAN CUTI LUPUT
2013 5 30 35

5

 (2012)

30 15 135 15 0
2014 15 (2013) 30 45

5

(2013)

40 0 150 40 0
2015 40 (2013 & 2014) 30 70

5

(2013)

65 0 150 60 5 (2013)
2016 60 30 90

10

 (2014)

80 0 150 60 20 (2014)

 

GANJARAN CUTI REHAT (GCR)

“Award wang tunai gantian cuti rehat akan hanya diberikan kepada mana-mana pegawai awam yang bersara atau meninggal dunia dalam perkhidmatan Kerajaan dengan syarat baki cuti rehat tahunan yang terkumpul itu tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa demi kepentingan perkhidmatan”

PP Bil 7/2003 (Perkara 3)

 

SYARAT PENGUMPULAN GANJARAN CUTI REHAT (GCR)

  1. Lantikan tetap.
  2. Jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan dalam satu tahun maksimum 15 hari atau setengah daripada kadar cuti rehat yang layak bagi tahun tersebut, mengikut mana yang kurang. (PP Bil 7 Tahun 2003 (5))
  3. Jumlah CR boleh dikumpulkan maksimum 150 hari untuk ‘award’ GCR. ( PP Bil 18 Tahun 2008 (4))
  4. Pada akhir tahun perkhidmatan, pegawai dibenarkan mengumpul CR bagi ‘award’ GCR sehingga maksimum sama banyak dengan kadar CR berkelayakan. (PP Bil 7 Tahun 2003 (6))

 

PERKIRAAN GCR

1/30 x gaji yang akhir diterima   x  jumlah hari cuti rehat yang terkumpul

                      (gaji hakiki + imbuhan tetap)

PP Bil 7/2003 (Perkara 3)

 

 

Statistik Staf

    Tetap Kontrak Jumlah
  Pengurusan
Utama
4  - 4
  Akademik 837 26 863
  Pengurusan
& Profesional
191 38 229
  Pelaksana 871 57 928
  Jumlah 1903 121 2024

Kemaskini : Disember 2023

Pekeliling DokumenISO KalendarLatihan MuatTurunBorang Perlembagaan tenaga
Pekeliling Dokumen ISO Kalendar Latihan Muat Turun Borang Borang Maklum Balas
Info Tenaga

web kik

Kumpulan Inovatif dan Kreatif

web cpd

Program Pembangunan Profesional Berterusan / Continuous Professional Development

web mbj

Majlis Bersama Jabatan

Save

Save

Save

wen ebook

Koleksi eBook
Pejabat Pendaftar

Save

Save

Save

web star

Kelab Staf
Pejabat Pendaftar

Save

Save

Save

Save

web 5s

eBuletin TERAS
Pejabat Pendaftar