Pengenalan Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) mula diperkenalkan melalui PKPA bil.7/1991 sebagai salah satu mekanisma penyelesaian masalah kerja di jabatan/pejabat. Inisiatif ini diperkukuhkan dengan konsep Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) bagi menyemarak aktiviti penambahbaikan, penyampaian perkhidmatan serta menyubur budaya kreatif dan inovatif dalam penciptaan nilai serta break-through ke arah pemantapan sistem pengurusan. Konsep ini diperkenalkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2000 dan telah diterima sebagai salah satu alat pengurusan yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat staf.


Berbanding dengan KMK, tumpuan KIK tidak hanya menumpukan kepada masalah serta cara penyelesaiannya semata-mata tetapi lebih terarah kepada penambahbaikan sistem serta prosedur kerja yang sedia ada bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif dan berkesan. KIK adalah merupakan sekumpulan kecil pekerja-pekerja daripada unit kerja yang sama, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih dan menganalisis masalah atau peluang penambahbaikan berdasarkan kepada konsep pengurusan secara penyertaan dan kemanusiaan. Konsep ini juga merupakan satu mekanisma di mana semua staf boleh menyertai dalam proses penyelesaian masalah demi meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti jabatan/pejabat masing-masing.


MATLAMAT DAN OBJEKTIF KIK

  1. Kebolehan menyelesaikan masalah di kalangan pekerja
  2. Semangat bekerja secara berkumpulan
  3. Penyemaian dan penerapan nilai serta etika kerja yang positif
  4. Membudayakan pengurusan secara penyertaan (participative management)


Selaras dengan Pelan Strategik Universiti 2009-2010 yang mensasarkan penubuhan Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) pada tahun 2009, Naib Canselor UTeM telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu KIK dengan dikendalikan oleh Bahagian Dasar & Kualiti Pengurusan, Pejabat Pendaftar selaku sekretariat KIK sebagai langkah pertama dalam melaksanakan KIK di UTeM.

Jawatankuasa induk bagi pelaksanaan KIK di UTeM dan bertanggungjawab untuk merangka dasar-dasar pelaksanaan KIK dan memberikan pertimbangan serta kelulusan kepada cadangan-cadangan penyelesaian masalah dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh kumpulan KIK. Jawatankuasa ini juga berperanan dalam menentukan matlamat serta hala tuju yang ingin dicapai serta menyelaras dan memantau pelaksanaan akiviti-aktiviti KIK yang akan dijalankan.

Pekeliling DokumenISO KalendarLatihan MuatTurunBorang Perlembagaan tenaga
Pekeliling Dokumen ISO Kalendar Latihan Muat Turun Borang Borang Maklum Balas
Info Tenaga

web kik

Kumpulan Inovatif dan Kreatif

web cpd

Program Pembangunan Profesional Berterusan / Continuous Professional Development

web mbj

Majlis Bersama Jabatan

Save

Save

Save

wen ebook

Koleksi eBook
Pejabat Pendaftar

Save

Save

Save

web star

Kelab Staf
Pejabat Pendaftar

Save

Save

Save

Save

web 5s

eBuletin TERAS
Pejabat Pendaftar